DATO’ MUSHIR ARIFF
Presiden PBTM 1959 – 1964

Dilahirkan pada 17 Oktober 1918 di No. 131, Hutton Lane, Pulau Pinang Pernah menyertai pasukan sukarela (Volunteer Force) di Pulau Pinang bagi sama-sama mempertahankan serangan tentera Jepun. Pada 1950 apabila tertubuhnya Persatuan Bekas Tentera Malaya (ESAM) di Pulau Pinang beliau turut aktif dan menjadi ahli Persatuan tersebut. Beberapa tahun kemudian beliau telah dipilih sebagai Naib Presiden ESA Bahagian Pulau Pinang, dan tidak lama kemudian dilantik sebagai Yang Di Pertua bahagian tersebut. Pada tahun 1957 beliau dipilih menduduki kerusi Naib Presiden PBTM di peringkat negara yang ketika itu dipimpin oleh bekas pegawai tentera British, Brig. Jen (B) LC A. Lauder. Seterusnya pada 1959 beliau dipilih sebagai Presiden PBTM. Perlantikan beliau sebagai Presiden pada masa itu mendapat publisiti luas kerana beliaulah anak Melayu pertama dipilih memegang jawatah tersebut yang sebelum ml hanya diterajul oleh bekas pegawai tentera lnggeris. Sebaik dipilih sebagal Presiden, beliau mula memajukan Persatuan dengan pelbagai kegiatan kebajikan dan berusaha meningkatkan imej bekas-bekas veteran perang di Malaya. Beliau kemudiannya ditauliahkan sebagai Pegawal Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaya (RMNVR) pada 20 Ogos 1959 dengan pangkat Komander. BeIiau menjadi Presiden sehingga 1964, apabila tempat beliau diambif alih oleh Dato’ Abdul Rahman bin Musa. Dato’ Mushir Ariff berusia 84 tahun kini menetap di Batu Feringhi, Pulau Pinang.

DATO’ABDUL RAHMAN BIN MUSA
Presiden PBTM 1964 – 1969

Pernah berkhidmat dengan Pasukan Sukarela Negen Johor (JVF) dengan pangkat Kapten sebelum Perang Dunia Kedua, dan pernah memegang jawatan sebagai Setlausaha Kerajaan Negeri Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim. Dato’ Abdul Rahman Musa juga merupakan pengasas PBTM Negeri Johor di mana beliau adalah merupakan ahli No.1 PBTM Johor sehingga dipilih menjadi Presiden PBTM menggantikan Dato’ Mushir Ariff. Semasa menjadi Presiden PBTM beliau turut serta menyertai Persidangan Agung Persekutuan Veteran Sedunia Ke-12 di The Hauge pada 12 Oktober 1967, yang turut disertai oleh Encik H.B Tan (Timbalan Presiden PBTM).

TUNKU OSMAN JEWA
Presiden PBTM 1970 – 1975

Allahyarham Jen (B) Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa dilahirkan pada 24 November 1919 di Alor Star, Kedah. Selepas menuntut di England, beliau menyertai Rejimen Goister Ke-10 pada 16 AprIl 1942, malangnya rejimen yang disertai beliau itu kemudiannya telah dibubarkan dan beliau seterusnya ditukarkan ke Skuadron Ke 77 Peninjau Bebas yang berpangkalan di Newton Abot. Tidak lama kernudian skuadron berkenaan telah bergabung pula dengan tiga skuadron lain sehingga tertubuhnya Rejimen Ke 80 Peninjau British. Ketika dalam rejimen iniiah beliau telah dpiIih untuk lantikan pegawai bertauliah pada Januaari 1943. Tidak lama setepas itu beliau bersama Allahyarham Mejar Tengku Mahiyuddin yang ketika itu sedang mencari anak-anak muda untuk berkhidmat dengan pasukan Force 136. Setelah tamat menjalani latihan pegawai pada 1945, beliau telah dihantar ke India untuk menjalani latihan payung terjun seterusnya di hantar pula ke Sri Lanka untuk menjalani latihan perang secara gerila. Bersama seorang rakannya beliau telah digugurkan di Kampung Kuala Janing dekat Kuala Nerang, Kedah untuk menyertai Pasukan Force 136 AMS (Anak Melayu Setia) pada Jun 1945. Malangnya misi beliau ini terlalu singkat apabila berita pengeboman Horishima dan Nagasaki, tentera Jepun telah menyerah-kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945. Tunku Osman kemudiannya telah mendaftar diri semula sebagai Pegawai Kadet Askar Melayu pada 1 Februari 1947. Pengalaman Iatihan perang hutan secara gerila banyak memberi pengajaran kepadanya terutama ketika beroperasi menentang pengganas komunis di Malaya. Dalam masa kurang 12 tahun beliau berjaya menyandang pangkat Leftenan Kolonel, dua tahun kemudian beliau dinaikkan pangkat BrigedierJeneral dan dilantik sebagai pemerintah Bnged Ke-2 lnfantri Persekutuan. Beberapa tahun kemudian beliau dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral dan dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Darat (1962), dan Leftenan Jeneral (1964) dilantik sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera menggantikan Lt. Jen Tan Sri (Sir) Rodney Moore. Beliau kemudiannya dinaikkan ke pangkat Jeneral pada 1 Julai 1966, seterusnya bersara dan perkhidmatan ATM pada 24 November 1969, genap usia 50 tahun. Allahyarham Tunku Osman Jewa dipilih sebagai Presiden PBTM mulai tahun 1970. Berucap selepas berjaya dipilih sebagai Presiden, Allahyarham berkata, “Saya berazam akan bekerja dengan bersungguh-sungguh hati untuk memajukan PBTM. Sokongan danpada semua Cawangan dan ahli-ahli sangatlah dikehendaki untuk memajukan Persatuan”. Menurut Allahyarham, sebagai bekas tentera setiap ahli sentiasa mempunyai tatatertib yang baik untuk menjaga nama baik Angkatan Tentera. Semasa era Tunku Osman Jewa nama Persatuan Bekas Perajunt Malaysia Barat telah ditukar kepada Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM).

JENERAL (B) TAN SRI HAMID BIDIN
Presiden PBTM 1975-1992

Allahyarham Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Bin Bidin, dilahirkan pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau Rompin. Allahyarham mengambilalih jawatan sebagai Presiden PBTM ke-14 daripada Allahyarham Jen (B) Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa pada 15 Jun 1975. Allahyarham merupakan Presiden PBTM yang paling lama pernah Persatuan dan merupakan Presideri yang berhemah tinggi Selama 17 tahun menerajui Persatuan dan berjuang membela bekas-bekas tentera. Dibawah kepimpinannya, beberapa masalah dihadapi bekas tentera telah dapat diatasi, kebijaksanaan dan kecekapan Allahyarham menyelesaikan masalah demi masalah bekas tentera juga mendapat perhatian kerajaan Allahyarham menginsafi kesusahan dan penderitaan hidup oleh bekas-bekas tentera dan keluarga Panglima Angkatan Tentera bukan dalam memperjuangkan nasib bekas negara malah Allahyarham juga turut diri dalam memperjuangkan nasib tentera di peringkat antarabangsa tidak dengan sumbangan dan keprihatinan beliau menyebabkan Allahyarham sangat dihormati dianugerahkan ‘Honorary Life Membership’ daripada RSL, sebuah pertubuhan bekas tentera di Australia. “Sesungguhnya kita semua adalah ahli Angkatan Tentera yang semestinya menjadi tulang belakang dan tiang negara Kita mesti sentiasa keIakuan baik dan bersopan santun terhadap orang awam, tidak kira bangsa, agama dan warna kulit, miskin atau kaya, tua atau muda. Kerana, jangan lupa kita semua berasal dari orang awam” dan bila berhenti dari jawatan atau bersara, kita balik semula menjadi orang awam” Demikian antara kata-kata keramat Allahyarham ketika di majlis perpisahan beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera. Allahyarham mengumumkan secara rasminya meletakkan jawatan Presiden PBTM pada 31 Oktober 1982 kerana keuzuran. Segala bakti Allahyarham kepada PBTM khususnya kepada bekas-bekas tentera tidak mungkin dapat dilupakan. AlFatihah.

DATO’ HJ ZAINOL ABIDIN JOHARI
Presiden PBTM 1992-1997

Pernah berkhidmat dengan tentera British pada tahun 1954 dan berhenti berkhidmat pada 1964. Walaupun beliau menamatkan perkhidmatan dalam tentera dengan pangkat rendah sahaja tetapi atas semangat dan kegigihan beliau berjaya menduduki kerusi Presiden PBTM yang disandang pada 1992 hingga 1997. Bekas penuntut Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dan pernah menjadi guru sebelum menyertai pasukan tentera British di Singapura. Semasa dalam perkhidmatan beliau pernah menaja Perjumpaan Han Kemerdekaan Malaysia di Islamic Restaurant, Singapaura pada 31 Ogos 1957. Setelah menamatkan perkhidmatan dan angkatan tentera beliau kembali ke Kedah pada 1964, dan memegang jawatan sebagai Pegawai Kebudayaan Belia dan Sukan Daerah di Alor Star, dan seterusnya terbabit dalam politik serta menyertai UMNO, hingga beliau terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah. Beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat bagi Kawasan Jenjang pada 1974 – 1978 dan seterusnya dilantik menjadi EXCO dan 1978 hingga 1986. Seterusnya dipilih menjadi AhIi Parlimen bagi kawasan Sik pada 1986 hingga 1990. Mulai tahun 1974 Allahyarham telah dipilih menjadi YDP PBTM Bahagian Negeni Kedah sehinggalah beliau akhirnya dipilih sebagai Presiden PBTM mulai 31 Oktober 1992, apabila Allahyarham Jen (B) Tan Sri Abdul Hamid Bidin mengosongkan kerusi Presiden.

DATO’ SERI MUHAMMAD ABDUL GHANI
Presiden PBTM 1997 – 2013

Senator Dato’ Seri Haji Muhammad bin Haji Abdul Ghani dilahirkan pada 27 Februari 1946 di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Ismail, Kota Baharu, Kelantan. Setelah menamatkan persekolahan beliau menyertai Angkatan Tentera dengan memasuki Kor Armor Diraja pada 1965, sehinggalah beliau berhenti dan perkhidmatan pada 1977. Selama 12 tahun dalam perkhidmatan tentera beliau menimba banyak pengalaman, antaranya berkhidmat di seluruh pelosok tanah air untuk menyertai beberapa operasi ketika darurat dan konfrantasi. Semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan hidup dan keluarga.. Minatnya terhadap perniagaan terus berkobar, menyebabkan beliau berhenti perkhidmatan tentera pada 1977 untuk memulakan perniagaan sendiri dengan cara yang lebih meluas di Port Dickson. Atas usaha dan kegigihannya perniagaan yang diusahakan secara kecil-kecilan terus berkembang dan maju sehingga beliau berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Syarikat Perisa Wira. Mulai dan sinilah beliau terus menanamkan semangat ingin maju dan membuktikan bahawa seorang bekas tentera sepertinya juga mampu menjalankan perniagaan dan seterusnya bertekad untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Atas tekad itulah beliau terus berusaha dengan mempelbagaikan bidang perniagaan di bawah satu bumbung yang dinamakan DMG Holdings Sdn. Bhd. Pada masa ini Dato’ Seri Hj Muhammad adalah Pengerusi DMG Holdings Sdn. Bhd. dan Gapemal Holdings Sdn Bhd.

LAKSAMANA TAN SRI MOHD ANWAR HJ MOHD NOR (B)
Presiden PVATM 2013 – 2018

Laksamana Tan Sri Mohd Anwar menyertai TLDM pada tahun 1968. Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini mendapat latihan awal di HM Naval Base Secondary School, Singapura. Pada tahun 1981, beliau telah dihantar mengikuti kursus di Naval Staff College, Rhode Island di Amerika Syarikat. Kepimpinan beliau teserlah dengan terlantiknya beliau ke jawatan-jawatan penting dalam TLDM. Beliau pernah menjadi pegawai memerintah KD PELANDOK, menjadi juruiring Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-IX dan ke-X. Setelah dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama beliau memegang pula jawatan Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut dan kemudiannya sebagai Panglima Wilayah Laut II. Beliau juga pernah menjadi komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera. Beliau dinaikkan pangkat ke Laksamana Muda seterusnya menjawat jawatan Panglima Armada. Setelah itu beliau sekali lagi dinaikkan ke pangkat Laksamana Madya dan dilantik menjadi Timbalan Panglima Tentera Laut pada tahun 2002. Pada 12 Ogos 2003 beliau dilantik menjadi Panglima Tentera Laut dan dinaikkan ke pangkat Laksamana penuh. Laksamana Tan Sri Mohd Anwar mencipta sejarah apabila dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera pada 29 April 2005 menggantikan Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin. Beliau memecah tradisi memandangkan sebelumnya jawatan itu dimonopoli oleh pegawai-pegawai tertinggi Tentera Darat Malaysia. Perlantikan ini dilihat banyak pihak sebagai bersesuaian dengan perubahan keadaan semasa dan konsep rangka kerja Pasukan Angkatan Bersama yang ditubuhkan tahun sebelumnya. Ketika memegang teraju Angkatan Tentera Malaysia, beliau banyak menyentuh konsep kebersamaan ataupun ‘jointness’ dalam operasi ATM melalui ucapan-ucapan beliau. Beliau juga meneruskan usaha-usaha memperkayakan ilmu pengetahuan warga ATM melalui konsep K-Force yang dicetuskan oleh Jeneral Tan Sri Zahidi. Sebagai seorang panglima beliau sendiri memiliki ijazah Sarjana Sains EBM daripada Universiti Warwick. Beliau telah digantikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Abdul Aziz Hj Zainal dari Tentera Darat mulai 1 Februari 2007. Beliau telah menulis karya yang bertajuk ‘On Command and Leadership’ yang merangkumi pengalaman beliau dan petikan ucapan-ucapan sewaktu berkhidmat dengan ATM.

 

KAPT DATUK SHARUDDIN BIN HAJI OMAR (B)
Presiden PVATM 2018 – SEKARANG

Kapt Datuk Sharuddin bin Haji Omar (B) dilahirkan pada 10 Nov 1959 di Banting, Selangor. Berkelulusan Adv Dip Business Management 1997.