SINOPSIS

Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB)  merupakan pingat penghargaan kedua tertinggi di dalam PVATM. Pingat ini sebagai tanda menzahirkan penghargaan dan penghormatan kepada individu yang telah berjasa dan berbakti secara sukarela dalam memperjuangkan kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya selaras dengan dengan visi, misi dan objektif persatuan. Ianya mula diperkenalkan dalam tahun 1996, dan pertama kalinya dianugerahkan kepada ahli pada tahun 1997.

Syarat dan kriteria penganugerahan PSSB adalah seperti berikut:

  1. Ahli-Ahli Persatuan: Mana-mana ahli persatuan yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya selama lima(5) tahun secara berterusan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh persatuan. Telah menunjukkan komitmen  Yang tinggi dan sifat rela membantu perjuangan persatuan tanpa mengira tenaga dan  masa.  Penganugerahan ini dicalonkan oleh YDP PVATM Negeri dengan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif (Exco) serta diluluskan oleh Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.

  2. Penjawat Awam Persatuan: Mana-mana penjawat awam persatuan yang telah bekerja atau berkhidmat dalam persatuan sekurang-kurangnya 15 tahun secara berterusan.  Calon tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib selama bekerja dengan persatuan dan telah menunjukkan komitmen serta mutu kerja yang tinggi serta sifat rela membantu rakan-rakan sejawatan tanpa mengira tenaga dan masa.  Penganugerahan ini mestilah dicalonkan oleh Setiausaha Agung dengan mendapat sokongan Presiden dan Jemaah Eksekutif (Exco) serta diluluskan oleh Majlis Tertinggi persatuan secara majoriti.

Penganugerah PSSB dizahirkan dalam bentuk pingat bersadurkan emas dengan lambang (insignia) rasmi PVATM yang digantung dengan pita 3 jalur warna rasmi PVATM. Ianya boleh dipakai bersama-sama dengan bintang dan pingat lain yang diterima semasa dalam perkhidmatan ATM.  Kedudukan pingat ini adalah yang terakhir sekali apabila dipasang (mount) bersama-sama pingat yang lain.