Salam Sejahtera
PERSATUAN VETERAN ATM
(PVATM)
100 Tahun Veteran : Maruah & Pengorbanan
"Sambutan 103 Tahun; PVATM Kekal Relevan"
teras perjuangan pvatm 2025/2026
teras perjuangan pvatm 2023/2024
Di samping itu, turut disenaraikan sebagai tugas sekunder memperjuangkan Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM), menambahbaik Elaun Kenangan Darjah Kepahlawanan (SP,PGB, JPP & PTU), meneruskan program bina baru & baik pulih rumah Veteran, peruntukan Kuota Haji Muassasah serta lain-lain isu sejagat Veteran ATM.
teras perjuangan pvatm 2022/2023
persatuan veteran atm (pvatm)
Sentiasa Berjuang
- Persatuan Veteran ATM (PVATM) yang dahulunya dikenali sebagai Ex-Services Association of Malaya (ESAM), Persatuan Bekas Perajurit Malaya (PBPM), Persatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) telah diwujudkan pada 22 Mei 1922 dengan fungsinya untuk membangunkan para veteran dan bekas-bekas tentera dan keluarga mereka. Amat penting untuk mengenangkan sejarah permulaan persatuan ini ditubuhkan sehinggalah kedudukannya sekarang.
- Organisasi ini telah banyak memberikan sumbangan baktinya tanpa jemu dalam membantu dan membina imej para veteran dan bekas-bekas tentera. Sejak beberapa tahun perkara-perkara yang pernah dibangkitkan dan dikenal pasti sebagai isu-isu semasa seperti bantuan kebajikan yang mana ianya masih terus dilaksanakan. Program bantuan kebajikan merupakan asas kepada tertubuhnya PVATM, dengan sebab itu usaha-usaha mencari dan mengumpul dana sentiasa diusahakan.
PVATM sedar bahawa perjuangan untuk memartabatkan para veteran dan bekas-bekas tentera merupakan usaha yang berterusan, sehingga kini PVATM terus kekal menjalankan amanah bagi membela para veteran dan bekas-bekas tentera. Ketua-Ketua Cawangan di seluruh negara telah disarankan supaya memastikan ahli-ahli PVATM mendapat sokongan dan bantuan yang sewajarnya dinegeri dan daerah masing=masing. Dalam menghadapi hari-hari yang mendatang, tidak dapat diramalkan perkara-perkara yang akan berlaku, namun sesebuah organisasi seperti PVATM akan terus membuat perancangan yang rapi untuk memenuhi fungsi-fungsi utama dan menangani apa-apa juga keadaan dalam memperjuangkan PVATM untuk memartabatkan para veteran dan bekas-bekas tentera agar tetap disanjung dan dihormati oleh rakyat.
- Sentiasa Berjuang -
100 Tahun Veteran : Maruah & Pengorbanan
syarat-syarat menjadi ahli persatuan veteran atm (pvatm)
Ahli Seumur Hidup (Ahli PVATM).
Keahlian adalah terbuka kepada setiap bekas tentera warganegara Malaysia seperti berikut:
a. Angkatan Tentera Malaya atau Malaysia atau Komanwel selama tidak kurang daripada DUA BELAS (12) BULAN terus menerus.
b. Dalam mana-mana Pasukan Simpanan, yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan dikerah Berkhidmat Sepenuh Masa (Mobilized) selama tidak kurang daripada DUA BELAS (12) BULAN terus menerus (seperti Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (Wataniah), Pasukan Simpanan Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSTLDM) dan Pasukan Simpanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (PSTUDM).
c. Dalam pasukan Volunteer Negeri-Negeri Bersekutu, Negeri-Negeri Tidak Bersekutu, Negeri-Negeri Selat selama tidak kurang daripada DUA BELAS (12) BULAN terus menerus.
Ahli Bersekutu Seumur Hidup.
Mereka tersebut di bawah ini adalah layak menjadi Ahli Bersekutu Seumur Hidup dengan syarat mereka membuktikan kesahihan butir-butir perkhidmatan mereka, perkhidmatan suami atau isteri, bapa atau ibu mereka (di mana berkenaan) dalam Angkatan Tentera Malaysia atau Komanwel atau lain-lain pasukan yang diiktirafkan oleh Persatuan dan membayar yuran (yang diperlukan) dan mengikut Peraturan yang ditetapkan
a. Suami, isteri, suami duda atau balu.
b. Anak ahli Persatuan yang berumur 16 tahun ke atas.
c. Di dalam pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) dan telah mengambil bahagian dalam operasi di waktu darurat selama tidak kurang dari DUA BELAS (12) BULAN dan telah dikurniakan pingat “General Service” dengan “Clasp Malaysia.
d, Dalam Pasukan Timbalan Setia Johor (JMF) yang telah berkhidmat selama tidak kurang dari DUA BELAS (12) BULAN terus menerus.
e. Ahli Bersekutu tidak berhak mengundi, memilih dan dipilih atau menjadi Perwakilan di peringkat Negeri dan Negara tetapi berhak mencalon, memilih, mengundi dan bercakap di peringkat Cawangan.
f. Mana-mana balu yang telah menjadi Ahli Bersekutu Seumur Hidup adalah dibenarkan meneruskan keahliannya selepas beliau berkahwin.
Ahli Kehormat.
Majlis Tertinggi (MT) boleh mempelawa untuk dilantik sebagai Ahli Kehormat kepada sesiapa yang difikirkan telah banyak berjasa atau akan memberi manfaat kepada Persatuan.
Permohonan Menjadi Ahli.
Tiap-tiap permohonan menjadi Ahli Seumur Hidup atau Ahli Bersekutu hendaklah mengisi Borang Permohonan Menjadi Ahli Persatuan Veteran ATM dan melengkapkan segala butir-butir yang diperlukan dan majukan Borang Permohonan tersebut ke Cawangan atau Negeri dimana pemohon itu menetap.
Yuran.
a. Bayaran Pendaftaran RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja).
b. Bayaran Kad Ahli RM8.00 (Ringgit Malaysia Lapan Sahaja) dan Bayaran Ahli Seumur Hidup RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puloh Sahaja).